Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)




Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.
Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:
  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
Definisi Sumber Terbuka
Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia) Pengenalan
Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu. 2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal. 4. Integriti Pencipta Kod Sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.
6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu. 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.
9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral
Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.

Nota: Terjemahan ini telah diterjemahkan oleh Anita Zahara, Rudhuwan, Shahril dan Kamil daripada MIMOS Open Source Deployment team berdasarkan definasi asal The Open Source Definition. Jika terdapat sebarang percanggahan di dalam lesen tersebut atau salah satu daripadanya disebabkan masalah terjemahan atau makna yang kurang tepat, maka definasi dalam bahasa asal iaitu Bahasa Inggeris adalah dirujuk dan digunapakai.

Perisian Linux






Perisian Linux boleh dibahagikan kepada beberapa kategori sama seperti Windows iaitu permainan, aplikasi rumah dan pejabat, Internet dan rangkaian, Multimedia dan rekabentuk, pengaturcaraan, serta utiliti dan pengurusan komputer.


Permainan
Doom,Freeciv,Pingus,PySol,Rasteroids,Space Racer,XshipWars


Aplikasi rumah dan pejabat
Applixware Office Suite, StarOffice, OpenOffice,Kalendar,Moneydance,Word Perfect Internet dan rangkaian Adobe acrobat reader,Apache,GFTP,GnomeICU,LICQ,Netscape,NICQ,XISP

Multimedia dan rekabentuk
Blender,FreeAmp,GIMP,Gnapster,LeeLou,XMMS…

Pengaturcaraan
Blackdown JDK,CoffeCup HTML editor,GNU ANSI C Compiler,Moonshine,TopPage

Utiliti dan pengurusan komputer
Apsfilter,Bzip2,Enlightenment,EstoreSetup,Linzip,PKZip,Powertweak

HARI KOKURIKULUM 2011



Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibubapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Aktiviti yang bakal diadakan adalah seperti penyampaian anugerah kepada pelajar, pertandingan kawad kaki dan juga gerai jualan.


Objektif Hari Kokurikulum diadakan adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun pihak luar. Antaranya ialah;

Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.
Pelajar-pelajar SMKSMS boleh mula membayar harga kupon kepada Guru Tingkatan masing-masing mulai esok (19 Julai 2011). Kupon bernilai RM 3.00 akan diedarkan kepada pelajar-pelajar pada pagi hari Jumaat ( 22 Julai 2011). Sekian, harap maklum.

Sumber dari :
http://melaka.moe.edu.my/smksultanmansorshah/v1/

Bulan Kecergasan SMK Sultan Mansor Shah




Seperti yang kita ketahui, bulan Julai adalah merupakan Bulan Kecergasan yang disambut oleh setiap warga pendidik di seluruh Malaysia. Sambutan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bulan Kecergasan di seluruh negara berlangsung pada 1 Julai 2011 yang lalu sehinggalah berakhir pada 31 Julai 2011 dengan bertemakan "1 Malaysia 1 Kecergasan".

Di peringkat sekolah, Program Bulan Kecergasan ini telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Yaman bin Ab Latib pada 18 Julai 2011 bersamaan hari Isnin dan bertempat di Dataran Selamat SMKSMS. Antara objektif Program Bulan Kecergasan ini diadakan untuk:

Mendedahkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
Menggalakkan penghayatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
Melahirkan warga SMKSMS yang sihat dan cergas.
Melahirkan pelajar yang meminati aktiviti riadah dan rekreasi.
Antara aktivti yang bakal dilaksanakan di peringkat sekolah pula ialah Ujian Saringan Kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah, memantau kandungan gula dalam darah dan juga memeriksa kadar berat badan (BMI). Selain daripada itu, pada 19 Julai 2011 juga akan diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring untuk penyertaan para pelajar.

Sumber dari :
http://melaka.moe.edu.my/smksultanmansorshah/v1/

Sukan Tahunan SMK Sultan Mansor Shah 2011


OBJEKTIF SUKAN SMK SULTAN MANSOR SHAH

Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar dan berkualiti di peringkat sekolah.

Melahirkan pelajar sekolah yang minat bersukan dan sihat.

Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk semangat permuafakatan dan perpaduan yang utuh.

Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.

Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.

Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya dan profesion.

Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

Program Bulan Membaca


Pada 4 Julai 2011, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah telah mengadakan Pelancaran Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber SMK SMS. Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh GPK 1 En Tee Kim Thieng.

Beberapa aktiviti telah dirancang sempena Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah ini. Antara aktiviti yang diketengahkan sempena program ini adalah Pertandingan Menulis Esei, Pameran Buku, Pertandingan Menulis Esei, DJ dan juga Editor Muda.
___________________________________________________________________________________
Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.

Sumber :
Majlis Pelancaran Bulan Membaca 1995
Perpustakaan Negara Malaysia, 1995.

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA



Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Larian 1M 1S 1M secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara pada 2 Julai 2011, yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Perak Darul Ridzuan.

Majlis Pelancaran ini juga akan disiarkan secara langsung melalui media elektronik (TV dan Eduweb). Justeru dipohon agar warga sekolah mengikuti siaran tersebut di sekolah masing-masing.
Sebagai tanda sokongan dan penyertaan menyeluruh daripada semua warga pendidik dalam menjayakan larian ini, Kementerian Pelajaran memutuskan bahawa pihak sekolah boleh memohon cuti gantian daripada Pengarah Pelaran Negeri seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.