MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN JOM KE SEKOLAH 2012













































MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN JOM KE SEKOLAH 2012

Pada 20 Februari 2012 yang lalu, warga sekolah SMK Sultan Mansor Shah sekali lagi berlangsungnya peristiwa penting sekolah iaitu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pelancaran Jom Ke Sekolah Sesi 2012.

           
Majlis ini diadakan adalah sebagai satu pengiktirafan yang sewajarnya diberi oleh pihak sekolah kepada para pemimpin pelajar dengan penyerahan watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), dan juga Pengawas PSS sesi 2012. Majlis ini dirasmikan oleh En Jasmi bin Abu Samah, Pegawai Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka dan juga dihadiri oleh Sarjan Hjh Zainab in Mohd Lasim yang merupakan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.

Antara isi ucapan yang disampaikan ialah memberi nasihat kepada pelajar-pelajar supaya mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah serta memberi galakan kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah. Selain itu, ucapannya turut menyentuh mengenai statistik jenayah terkini dan juga kes ponteng sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah seluruh Negeri Melaka yang semakin meningkat.





















Majlis ini berakhir dengan penyampaian watikah perlantikan kepada semua pengawas yang terlibat dan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas sesi 2012 serta pemberian cenderamata sebagai ucapan terima kasih kepada En Jasmi bin Abu Samah selaku perasmi Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas dan juga Pelancaran Jom Ke Sekolah.