Hari Koperasi SMK Sultan Mansor Shah

SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan Hari Koperasi Pada Hari Rabu yang lalu. Hari Koperasi ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sultan Mansor Shah iatu Tn. Hj Yaman Bin Ab. Latib. Majlis ini diadakan bagi tujuan mepupuk semangat berniaga dikalangan murid disamping menraikan Hari Koperasi Sekolah ini.

Israk & Mikraj 1432H

Salah satu Hari Kebesaran Islam yang perlu kita hayati adalah berlakunya Israk & Mikraj. Ia telah membawa perubahan besar kepada seluruh umat Islam dengan turunnya perintah baru untuk kita mengerjakan Solat Harian sebanyak 5 waktu sehari semalam.


Kembara Isra dan Mikraj Rasulullah SAW dengan kehendak Allah SWT merupakan titik mulanya solat fardu yang telah Rasulullah SAW diterima lansung dari Allah SWT. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah mewajibkan solat fardu 5 kali sehari tetapi soalnya berapa ramai umat Islam sekarang yang mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Ada juga yang solat tapi tidak lengkap 5 kali sehari tertinggal solat suboh tu biasa tak kurang juga yang tertinggal solat asar kerana tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Berapa ramai pulak yang solat tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah dimana azan dilaungkan.

Apa balasan untuk mereka yang tidak solat? Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW juga telah ditunjukkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Dalam Al-Quran banyak firman Allah SWT yang menentapkan perempuan Islam mesti menutup aurat sehingga ada ayat menyatakan bahawa suami dan bapa yang membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat dikira dayus. TETAPI mengapa masih terlalu ramai perempuan Islam yang tidak menutup aurat? Ada yang kata “Saya belum bersedia pakai jilbab, Insyallah saya akan pakai bila terbuka hati, Akhlak kawan yang bertudung pun bukan baik sangat, Belum dapat hidayah lagi” dan berbagai alasan yang diberi oleh mereka. Apakah alasan ini diterima oleh Allah SWT?

Sambutan Hari Keluarga SMK Sultan Mansor Shah 2011



Pada 24-25 Jun 2011 yang lalu, warga SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan program sambutan Hari Keluarga anjuran KELAB STAFF yang bertempat di Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Program Hari Keluarga pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pertandingan mewarna, cari gula-gula dalam pasir, rebut kerusi (bagi kanak-kanak bawah 12 tahun), pertandingan tarik tali dan bermain bola tampar untuk kategori ibu bapa, manakala pertandingan meniup belon, bowling kelapa, isi air dalam botol, dan musang berjanggut pula adalah merupakan aktiviti yang disertai oleh setiap ahli keluarga.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://kelabgurussms.blogspot.com

Tahniah dan Selamat Bertugas Tuan Pengarah Pelajaran Melaka



Warga SMK Sultan Mansor Shah ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Osman kerana telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka mulai 1 Jun 2011.