Israk & Mikraj 1432H

Salah satu Hari Kebesaran Islam yang perlu kita hayati adalah berlakunya Israk & Mikraj. Ia telah membawa perubahan besar kepada seluruh umat Islam dengan turunnya perintah baru untuk kita mengerjakan Solat Harian sebanyak 5 waktu sehari semalam.


Kembara Isra dan Mikraj Rasulullah SAW dengan kehendak Allah SWT merupakan titik mulanya solat fardu yang telah Rasulullah SAW diterima lansung dari Allah SWT. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah mewajibkan solat fardu 5 kali sehari tetapi soalnya berapa ramai umat Islam sekarang yang mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Ada juga yang solat tapi tidak lengkap 5 kali sehari tertinggal solat suboh tu biasa tak kurang juga yang tertinggal solat asar kerana tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Berapa ramai pulak yang solat tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah dimana azan dilaungkan.

Apa balasan untuk mereka yang tidak solat? Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW juga telah ditunjukkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Dalam Al-Quran banyak firman Allah SWT yang menentapkan perempuan Islam mesti menutup aurat sehingga ada ayat menyatakan bahawa suami dan bapa yang membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat dikira dayus. TETAPI mengapa masih terlalu ramai perempuan Islam yang tidak menutup aurat? Ada yang kata “Saya belum bersedia pakai jilbab, Insyallah saya akan pakai bila terbuka hati, Akhlak kawan yang bertudung pun bukan baik sangat, Belum dapat hidayah lagi” dan berbagai alasan yang diberi oleh mereka. Apakah alasan ini diterima oleh Allah SWT?

0 comments:

Post a Comment