Bulan Kecergasan SMK Sultan Mansor Shah




Seperti yang kita ketahui, bulan Julai adalah merupakan Bulan Kecergasan yang disambut oleh setiap warga pendidik di seluruh Malaysia. Sambutan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bulan Kecergasan di seluruh negara berlangsung pada 1 Julai 2011 yang lalu sehinggalah berakhir pada 31 Julai 2011 dengan bertemakan "1 Malaysia 1 Kecergasan".

Di peringkat sekolah, Program Bulan Kecergasan ini telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Yaman bin Ab Latib pada 18 Julai 2011 bersamaan hari Isnin dan bertempat di Dataran Selamat SMKSMS. Antara objektif Program Bulan Kecergasan ini diadakan untuk:

Mendedahkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
Menggalakkan penghayatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
Melahirkan warga SMKSMS yang sihat dan cergas.
Melahirkan pelajar yang meminati aktiviti riadah dan rekreasi.
Antara aktivti yang bakal dilaksanakan di peringkat sekolah pula ialah Ujian Saringan Kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah, memantau kandungan gula dalam darah dan juga memeriksa kadar berat badan (BMI). Selain daripada itu, pada 19 Julai 2011 juga akan diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring untuk penyertaan para pelajar.

Sumber dari :
http://melaka.moe.edu.my/smksultanmansorshah/v1/

0 comments:

Post a Comment