Program Bulan Membaca


Pada 4 Julai 2011, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah telah mengadakan Pelancaran Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber SMK SMS. Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh GPK 1 En Tee Kim Thieng.

Beberapa aktiviti telah dirancang sempena Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah ini. Antara aktiviti yang diketengahkan sempena program ini adalah Pertandingan Menulis Esei, Pameran Buku, Pertandingan Menulis Esei, DJ dan juga Editor Muda.
___________________________________________________________________________________
Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.

Sumber :
Majlis Pelancaran Bulan Membaca 1995
Perpustakaan Negara Malaysia, 1995.

0 comments:

Post a Comment