Hubungi Kami



PUSAT AKSES
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR SHAH
73000 PULAU SEBANG,
TAMPIN POS,
MELAKA

TEL/FAX         : 06-4411386
WEB                : http://melaka.moe.edu.my/smksultanmansorshah/v1

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (7.30 pagi - 4.30 petang)

JAWATANKUASA PUSAT AKSES SMK SULTAN MANSOR SHAH

PENGERUSI
TUAN HAJI YAMAN BIN AB LATIB
(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI 
EN TEE KIM THIENG
(GPK 1)

SETIAUSAHA
PN ZATI IWANI BINTI ABD RAZAK
(GURU PENYELARAS BESTARI)


CIK SITI ZARINA BT ARIFFIN
(JURUTEKNIK)

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA KETUA PANITIA MATAPELAJARAN
PENGAWAS PUSAT AKSES









Peraturan Penggunaan Pusat Akses SMKSMS



PERATURAN PUSAT AKSES (SEBELUM)
  1. Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari seblum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
  2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam rekod log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.

    PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)
    1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komuter ditetapkan 1 jam satu sesi.
    2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
    3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.
    4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
    5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
    6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas/juruteknik komputer terlebih dahulu.
    7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas/juruteknik komputer.

      PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)

      1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
      2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
      3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.


      Pusat Akses SMK Sultan Mansor Shah


      MATLAMAT PUSAT AKSES



      1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
      2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
      3. Meningkatkan masa penggunaan ( contact hours) komputer oleh murid



      OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH

      1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
      2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
      3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.




      Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Asas Internet?










      Secara mudah, Internet merupakan kumpulan rangkaian yang disambungkan bersama-sama. Internet dibangunkan di atas sekumpulan jaringan yang merangkumi seluruh dunia dan jaringan yang terbentuk tersebut mengandungi banyak jenis komputer yang berbeza. Oleh itu, sesuatu mesti ada yang membolehkan jaringan-jaringan itu dapat dirangkaikan bersama-sama. Inilah yang dinamakan TCP/IP. Aktiviti komunikasi dilakukan dengan menggunakan satu protokol utama yang dinamakan protokol kawalan transmisi/protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol), dan komunikasi wujud dalam dua hala.


      Sesetengah orang pula menerangkan bahawa Internet adalah satu koleksi longgar rangkaian, tapi saling bersambungan antara satu sama lain. Kedua-dua makna Internet tersebut adalah benar, namun begitu ia tidak memadai untuk menerangkan sepenuhnya mengenai Internet. Ini terjadi kerana memang agak susah untuk benar-benar mencari makna di sebalik Internet. Internet membawa makna yang berbeza bagi kumpulan pengguna yang berlainan.

      Kalau bertanya kepada para remaja, mereka akan mengatakan bahawa Internet adalah satu medium baru untuk berkomunikasi, melalui penggunaan e-mel dan bilik borak. Kalau bertanya kepada para peniaga, khususnya peneraju dunia perniagaan, pasti mereka menjawab bahawa Internet merupakan peralatan terkini dalam melaksanakan urusan perdagangan. Kalau kita merujuk kepada para pelajar, guru, pensyarah dan penyelidik, mereka akan berkata Internet adalah tempat yang banyak mengandungi maklumat dalam pelbagai bidang kehidupan dan teknologi.

      Perhatikan bahawa di sebalik semua makna Internet yang diberikan, terdapat dua tema utama, iaitu Internet dan komuniti yang terlibat. Dapat disimpulkan bahawa kedua-dua elemen alat (Internet) dan komuniti (manusia) dapat mewakilkan makna Internet tersebut. Pada pandangan pengguna Internet umum, Internet dibentuk dari rangkaian komputer yang membawa maklumat. Kecanggihan dan keajaiban Internet sebenarnya banyak bergantung kepada kandungan maklumat yang boleh dibawa bersamanya. Walaupun teknologi pembawa maklumat atau rangkaian adalah elemen asas yang membentuk Internet, namun sebahagian besar pengguna Internet tidak menghiraukan apa yang ada di sebalik tabir. Apa yang penting ialah medium ini mengandungi berjuta-juta laman web dan sumber kandungan untuk kita terokai dan jelajahi.

      Akhirnya Internet bukanlah sekadar rangkaian komputer dan perkhidmatan maklumat yang diberikan sahaja. Ia juga adalah bukti bahawa manusia boleh berkomunikasi secara bebas dengan kos yang amat berpatutan, tanpa mengira latar belakang sosial dan sejarah kehidupan terdahulu. Setiap orang boleh memasukinya. Anda tidak akan ditempelak kerana memakai pakaian warna lain, menganuti agama berlainan, warna kulit yang tidak serupa dan datangnya dari bahagian dunia yang berlainan. Internet secara keseluruhan merupakan satu 'dunia baru', yang mengandungi pelbagai watak kehidupan manusia. Dari satu segi Internet seolah-olah satu dunia 'pelarian' atau dunia alternatif kepada dunia nyata yang kita diami sekarang.


      Lima serangan terhadap rangkaian sosial





      Kini laman web rangkaian sosial seperti Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. 

      Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

      Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah. 

      Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai. 

      Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi.

      Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

      1. Malware - cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini. 

      Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

      2. Hak persendirian - Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya. 

      Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.

      Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan. 

      Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya. 

      Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang. 

      E-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

      3. Tipu helah (phishing) - Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing) . Ia

      Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

      4. Kecacatan laman - Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. 

      Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian. 

      Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan. 

      Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui. 

      Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

      5. Spam 2.0 - Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming. 

      Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian? 

      Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik. 

      Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.

      Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?

      Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video). 

      Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian - bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.


      Sumber : Utusan

      Kelebihan OS Google





      Beberapa tahun lalu, pengguna mempunyai pilihan Internet Explorer atau Mozilla Firefox sebagai perisian pelayar utama yang menghubungkan manusia dengan Internet.

      Manakala pengeluar Internet Explorer iaitu Microsoft terus dengan sistem operasi (OS) Windows yang menjadi nadi kebanyakan komputer selama ini.


      Kini, enjin carian terkemuka, Google merasakan mereka perlu menyediakan alternatif baru dalam industri perkomputeran apabila bakal melancarkan OSnya sendiri iaitu Chrome tidak lama lagi.

      Ia selepas kejayaan pelayar mereka yang turut memakai nama sama sejak dilancarkan.

      Pengarah Pengurusan Produk Google, Caesar Sengupta, berkata sejak pelayar Google Chrome dilancarkan kira-kira setahun lalu, ia sudah mempunyai lebih 40 juta pengguna yang menggunakannya secara kerap.

      "Ia jumlah yang memberangsangkan untuk dunia perpelayarkomputeran serta mereka yang hidup dalam persekitaran Internet," katanya.
      Menurut Caesar, Google Chrome direka untuk pengguna yang menggunakan laman web secara kerap untuk mencari maklumat, memeriksa e-mel, membaca berita online, membeli-belah atau berhubungan dengan rakan.

      "Bagaimanapun, sistem operasi yang digunakan untuk menggerakkan Google Chrome tidak berjalan lancar seperti dikehendaki," katanya.

      Katanya, pengguna Google Chrome merungut mengenai ketidakupayaan sistem operasi mereka melancarkan kerja harian memandangkan pengguna masih mahu menggunakan Chrome sebagai pelayar utama.

      "Berdasarkan maklum balas pengguna, kami nekad melancarkan OS baru yang menepati kehendak pengguna," kata Caesar.

      Beliau memaklumkan, Google Chrome OS dibina berasaskan konsep sumber terbuka demi menggalakkan kodnya diuji komuniti berkenaan yang mampu menambah baik sistem terbabit dari semasa ke semasa.

      "Kita menawarkan kodnya sebagai sumber terbuka yang akan mendedahkan manusia ke arah dimensi baru bagi zaman perkomputeran mudah," katanya.

      Caesar memaklumkan pada peringkat awalnya Google Chrome OS akan disasarkan kepada peranti netbook berikutan kandungannya yang ringan.

      "Kami dalam peringkat perbincangan dengan pengeluar komputer peribadi (PC) namun ia tidak akan didedahkan dalam masa terdekat. Cuma yang pasti, pengguna akan mendapatkan OS ini di pasaran pada pertengahan tahun ini," katanya.

      Selain itu, Caesar berkata, Google bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berminat dan akan menyerahkan kod sistem kepada komuniti sumber terbuka bagi tujuan pembangunan aplikasi.

      "Kami mahu berkongsi visi yang boleh difahami masyarakat," katanya.
      Google menekankan aspek laju, mudah dan selamat sebagai ciri utama dalam pembangunan Chrome OS.

      "Pengalaman menggunakan Chrome pasti mengagumkan kerana ia ringan dan tidak disaratkan dengan antaramuka yang maksimum.

      "Malah, kami mengkaji dari pelbagai sudut untuk memastikan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahaya virus, malware dan memperbaharuinya" katanya.

      Beliau turut menjelaskan pasaran Malaysia penting dalam peta Chrome apabila penyelidikan mendapati pengguna Internet di negara ini kini mencecah 16.9 juta pengguna dengan kadar celik Internet sebanyak 65.7 peratus.

      "Berdasarkan kajian penyelidik ComScore pada Ogos tahun lalu, rakyat Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 14 jam setiap bulan untuk melayari Internet manakala generasi mudanya menggunakan 3.3 jam masa mereka untuk perkara sama," katanya.

      Katanya, berdasarkan faktor di atas, penggunaan Google Chrome dijangka meluas manakala OS pula akan diterima baik. Google Chrome OS berasaskan sumber terbuka membawa maksud kod program aplikasi atau perisian boleh dikongsi jurutera program atau sesiapa saja asalkan ia mendapat akses kepada data terbabit yang didedahkan secara percuma di dunia siber.

      Ia bermakna kod program itu mampu diubah suai mengikut kehendak jurutera terbabit bagi mengembangkan program komputer agar ia menjadi aplikasi lebih baik yang boleh dikongsi individu lain.

      Namun, individu yang mahu berkecimpung dalam teknologi sumber terbuka perlu arif dalam bidang perkomputeran terutama berkaitan kod program dan skrip.

      Kebanyakan pengamal sumber terbuka pula dikatakan individu celik IT yang berusaha mencipta program bersesuaian dengan keperluan hidup manusia tanpa mengharapkan ganjaran pada masa depan.

      Sumber terbuka adalah model yang mesra komuniti dan berinovatif dalam menyediakan perisian berkualiti tinggi berdasarkan standard industri.

      Ia akan dilesenkan di bawah Lesen Umum Awam (GPL) yang memberikan penyelesaian fleksibel kepada pengguna untuk menggunakan perisian secara percuma tanpa risau mengenai kata laluan vendor serta akan terus berkembang memandangkan salah satu komponen dalam sumber terbuka itu sendiri memerlukan pembangun perisian bersedia mendedahkan programnya kepada umum.

      Sumber terbuka banyak menumpukan aspek teknikal dalam produk yang releven untuk industri.

      Mengulas mengenai perkomputeran 'cloud' dalam suasana sumber terbuka, Caesar menjelaskan, ia banyak dibantu model teknologi terbabit untuk membangunkan lebih banyak aplikasi . "Saya turut menjangkakan lebih banyak aplikasi yang akan direka di Chrome menggunakan teknologi sumber terbuka," katanya.

      Katanya, kelebihan sumber terbuka membantu menguatkan aplikasi kerana ia adalah gabungan komuniti paling ramai di dunia.



      Sumber : Harian Metro